Tuesday 27 September 2011

Lauk yg siMple





As Salam. . . Jom cuci mata. takde apa yg best sgt pun. . . cuma nak tunjuk antara lauk2 yg paling simple yg sedap dan cepat utk disediakan. mmg sesuai untuk golongan yg berkerja. ceWahhHh!! macam lah aku ni dah keje ^_^ ok2.. meh aku kenalkan. gambar 1st tu, telur mata kerbau goreng + bawang, cili, tomato dan dicurahkan dgn kicap. perrgghh! ni yg sedap.


Yg ke2 tu, aku taktau nak bg nama apa. aku panggil je lauk campur2. ok kot eh?? hahahaa.. ok meh aku kongsi bahan2nye :


4 batang sosej (potong serong)
2 biji kentang (potong ikut suka)
1 biji tomato besar (potong ikut suka)
1/2 btg carrot (potong ikut suka)
1 biji telur
3 sudu bsr kicap manis


 Bahan utk ditumbuk :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam
sedikit kunyit
garam secubit


Bahan hiasan :
1 biji bawang besar (potong bulat)
10 biji cili padi (belah 2)


Cara masak :-


1. gorengkan sosej + kentang dan ketepikan.
2. tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam kuali sehingga naik bau.
3. masukkan sosej + kentang td bersama dgn carrot. Kacau sebati.
4. masukkan pula kicap, hirisan tomato, kacau sekejap dan pecahkan telur.
5. kemudian, tambahkan bahan2 hiasan iaitu bawang yg dipotong bulat serta hirisan cili padi dan kacau.


OK.. siaaapppp! mungkin kalau tgk list bahan2 tu nampak mcm banyak sgt. ye tak??? tp sebenarnya bahan2nya sgt mudah dan tak susah mana pun. :-) cubalah!


(p/s : maaf sesangat kalau ada yg pening membaca. sy budak baru belajar ;p )

No comments:

Post a Comment